Days and Nights In Asasi Dengkil

Hai korang! Damn lama siaa tak on blog ni.

Almost 5 months aku kat Uitm Dengkil ni. Macam2 aku tempuh. Good, bad tapi semua aku anggap experience yang tak ternilai. Daily life in asasi? Well, lemme cerita panjang lebar kasik detail pe semua untuk korang eh.

Firstly, jadual kat asasi ni memang tak pack ah. Kalau macam aku, Isnin je aku busy sebab dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. Kau bayangkan je lah ada sejam je gap antara 10 jam tu. Lepastu hari tu pulak ada lab. So, habis lab tu aku kena discussion plak dengan group. Isnin tu memang tough ah. Tapi selasa and selebihnya, memang free. Macam half day lah. Especially jumaat. Kau start 8 pagi, habis pukul 11. Memang hari tu free lah.

Kalau kat sekolah dulu, kat jadual tu kan ada kotak2 kan. Satu kotak tu means setengah jam. Okay, kat sini satu kotak tu satu jam. So, maksimum kau punya kelas 2 jam and minimum 1 jam. No more setengah jam okay. Tabahlah anda kalau lecture BIO 2 jam tu ya rakan2ku hahaha.

Kalau macam aku, lepas bangun subuh tu aku aku tidur balik sampai 7 (kalau ada kelas pukul 8). Siap2 pun ambik setengah jam je lah. Ye lah, kat asasi ni kau tak payah melawa sangat. Unless kau budak TESL ke Law ke, haa baru lah kau nak memikirkan pasal pakai baju apa stokin apa. Kalau setakat sains, tak usahlah ya. Aku akan tiba kelas 10 or 5 minit awal. Nak sarapan tu memang tak sebab aku pernah try untuk sarapan tapi always terlanjur. So, bermulalah hari anda dengan lecture ya.

Okay kelas akan habis 10 minit lebih awal. Means kau start pukul 8, habis pukul 8.50 sebab kau nak ambik masa tu untuk gerak ke blok lain or kelas lain. Mana kau nak menunggu lif lagi. Untuk lelaki kalau bab nak menunggu lif memang shit ah. Bayangkan kau dah tunggu awal, then ada satu group perempuan ramai pun tiba. Takkan kau nak berhimpit sorang2 dalam tu kan. So, terpaksalah kau tunggu or alternatively, pergilah naik tangga ya.

Selalunya dalam sehari tu akan ada satu jam gap. Kalau ikut aku, aku ngan member akan makanlah kat anjung tu. Kitorang prefer belah yang dekat dengan dahlia sebab makanan dia lagi sedap and variety sikitlah. So, kalau dah tiba anjung tu memang kau tak lepas 2 lauk ni. Ayam dan ikan keli. Yang lain tu kau rasa macam memang dah pupus ah. So, sebelum masuk asasi dengkil, elaklah makan ayam ngan ikan keli sebab kau akan menghadap benda tu sampai setahun. Tapi ada pilihan lain, kau makanlah kat Kafe Palma. Tapi kat situ, no money, no talk. Mahal memang mahal beb. Sebab aircond. Makanannya bolehlaa. Selalu situ memang port budak TESL laa. So, kau dengarlah dorang borak kuat2 kat situ. Chill.

So, after the classes, jangan sesekali ingat kau akan free. Ada banyak benda lagi kau kena setelkan. Sama ada lab report, discussion assignment, tutor etc. Sampailah pukul 5 or 6. After 6 baru lah kau free. Kalau kat dengkil, petang is like freedom sikit. U can do anything. Bola, futsal, pingpong, basketball, netball, jogging, lepak, solat, naik tingkat 11 HEP (The highest level in uitm dengkil). Kalau khamis and sabtu kau boleh keluar pergi pasar malam. Kat situ, bolehlah makan yang lain sikit. And, kalau jalan lebih sikit, jumpalah kedai tomyam, gegey, mamak. Kat uitm dengkil memang bebas sikit bab keluar masuk kau. Just bring your kad matrik. Tapi time nak keluar tu kau dah kantoi, ready je ah kompaun.

So, malam menjelma. Selalu maghrib ramailah budak gi PI (Pusat Islam). And lepas tu ada ceramah sampai ke isyak. And lepas tu balik bilik, menghadaplah buku tu sampai kau tertidur okay. Sorry, untuk budak sains macam aku, macam tu lah malam aku. Tak tahu lah untuk asasi lain kan huhu.

As i mentioned earlier, bab keluar masuk kat dengkil is bebas but controlled bab kad matrik. No card, no talk. Kalau korang nak keluar gi mall, memang easy. Kau keluar2 je ada bus stop and naik je bas ke Putrajaya Sentral. Tiba situ, kau naiklah bas mana2 ke KL ke IOI ke. Have fun..


So, that's all from me. Pape tanya je eh.

Comments

Popular posts from this blog

UKM Dentistry Interview 2017

The Perks of Being A UKM Dental Students

Jubah Hitam